Thursday, 29 October 2015

DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING

DIFTONG

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut 
dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja 
dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, auoi. Secara lebih terperinci, Diftong ialah:

i. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 
ii. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
iii. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai
 satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan 
sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 

Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai,
 lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 
Contoh perkataan yang mengandungi diftong

ai- gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi- boikot, sekoi, koboi, kaloi






VOKAL BERGANDING

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan,  tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.




KESIMPULANNAYA

Diftong dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat contohnya:


Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi



Vokal berganding perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata contohnya:

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar 
luas = lu+as

Wednesday, 28 October 2015

MAKANAN TRADISIONAL

Di Malaysia terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


MAKANAN MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat melayu,mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti sambal belacan yang dimakan bersama ulam-ulaman,nasi lemak,lontong dan sebagainya.Terdapat juga makanan yang mengikut negeri masing-masing sebagai contoh,Melaka terkenal dengan asam pedas,Pulau Pinang pula terkenal dengan laksanya,manakala Negeri Sembilan terkenal dengan gulai lemak cili api..Namun begitu,bukan sahaja masyarakat melayu saja yang meminati makanan ini,malahan bangsa lain juga turut meminatinya.


MAKANAN MASYARAKAT INDIA
Di Malaysia,masyarakat India juga mempunyai makanan tradisional tersendiri. Contohnya seperti tosai,roti canai, wade, kari dan lain-lain. Masyarakat India juga mengemari makanan yang berempah.


MAKANAN MASYARAKAT CINA

Bukan masyarakat melayu dan india sahaja yang mempunyai makanan tradisional tersendiri,bahkan masyarakat cina juga mempunyai makanan tradisionalnya.Contohnya,dimsum,char kuew teow,charkoi dan mee suah.



KUIH-KUIH TRADISIONAL

KUIH BAULU

Baulu ialah sejenis kuih tradisional orang melayu. Biasanya, kuih ini disediakan sempena sambutan hari raya dan keramaian. Kuih baulu merupakan warisan kebangsaan yang perlu dikekalkan.Kuih baulu diperbuat daripada telur,tepung gandum dan gula pasir. Adunan bahan ini dimasukkan ke dalam acuan sebelum dibakar. Kita perlu memperlajari cara membuat kuih ini agar dikenali sepanjang zaman.





KUIH BAKUL

Kuih bakul menjadi hidangan ketika sambutan Tahun Baharu cina. Kuih ini bulat dan melekit. Rasanya manis. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan gula. Adunan ini dimasukkan ke dalam daun pisang yang dibentuk seperti bakul.






KUIH BULAN

Kuih bulan biasanya dimakan semasa Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan ini berbentuk bulat seperti kuih bakul. Kuih ini mempunyai inti yang rasanya manis. Kuih ini diperbuat daripada tepung dan air gula.kuih bulan juga mempunyai pelbagai inti seperti inti biji teratai dan kacang merah.




AMBUYAT

Ambuyat adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak sehingga likat. Apabila hendak makan kuih ambuyat ini, mereka perlu menggunakan penyepit untuk menggulung kuih ini. Kemudian ambuyat dicecahkan pada kuah yang disediakan.kuih ambuyat ini sangat terkenal di Sabah.







LEMANG

Lemang ialah sejenis masakkan tradisional orang melayu. Biasanya, lemang ini disediakan sempena sambutan hari raya dan keramaian. Lemang sangat disukai ramai kerana rasanya yang lazat. Lemang diperbuat daripada beras pulut,santan,daun pisang, garam dan buluh. Cara membuat lemang ialah dengan mengisi beras pulut ke dalam buluh yang dibersihkan dan dimasukkan santan yang telah dikacau dengan garam secukup rasa. Kemudian,lemang akan dibakar dengan api yang sederhana besar lebih kurang tiga jam. Lemang enak dimakan dengan rendang atau serondeng.




KUIH KAPIT

Kuih kapit atau dikenli juga sebagai kuih apit-apit disajikan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kuih ini berbentuk segi tiga atau berbentuk bergulung. Kuih ini manis dan ranggup. Bahan utama untuk membuatnya ialah tepung gandum,tepung beras,gula,telur dan santan. Adunan kuih ini diletakkan pada acuan besi berbentuk bulat lalu dibakar di atas api yang sederhana besar.






KUIH TANG YUAN

Kuih Tang Yuan atau Kuih Bulat dihidangkan semasa perayaan Dong Zhi iaitu akhir tahun orang cina. Bentuknya bulat dan berwarna warni. Kuih ini manis dan lembut. Bahan utama untuk membuat kuih ini ialah tepung pulut. Kuih ini direbus di dalam air dan apabila timbul akan dimasukkan ke dalam air gula.






KESIMPULANNYA

Kesimpulannay dapatlah kita lihat,di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan juga pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Oleh itu, tidak hairanlah jika bukan sahaja masyarakat melayu yang meminati makanan tradisional melayu ,malahan bangsa lain juga turut meminatinya dan begitulah sebaliknya.