Thursday, 29 October 2015

DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING

DIFTONG

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut 
dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja 
dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, auoi. Secara lebih terperinci, Diftong ialah:

i. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 
ii. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
iii. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai
 satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan 
sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 

Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai,
 lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 
Contoh perkataan yang mengandungi diftong

ai- gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi- boikot, sekoi, koboi, kaloi






VOKAL BERGANDING

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan,  tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.




KESIMPULANNAYA

Diftong dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat contohnya:


Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi



Vokal berganding perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata contohnya:

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar 
luas = lu+as

9 comments:

  1. cikgu, kalau perkataan radio mcm mana? bunyi ra-di-o atau ra-dio?

    ReplyDelete
  2. Ada tak utk vokal berganding uu?

    ReplyDelete
  3. Bagi ia, ua dan io adakah diftong jika berada dalam 1 suku kata, seperti biola, cuaca, piatu kerana nota yg diberikan diftong hanya mempunyai 3 suku kata yg tersebut ai, au, oi

    ReplyDelete