Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut
dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja
dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi. Secara lebih terperinci, Diftong ialah:

i. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
ii. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
iii. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai
satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan
sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai,
lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
Contoh perkataan yang mengandungi diftong
ai- gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi- boikot, sekoi, koboi, kaloi

VOKAL BERGANDING
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
KESIMPULANNAYA
Diftong dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat contohnya:
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal berganding perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata contohnya:
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as